Hm1

Tuesday, 21 June 2011

Fakta Menarik Dan Unik Jalanraya di Dunia.

Roudabout paling luas di dunia



Terletak di Putrajaya, Malaysia. Mungkin ade diantara kita yang tidak mengetahuinya. Berukuran 3.4 km. Pasti apabila korang drive di situ ingat kecil je kan? Tapi fakta tidak pernah menipu.
So, lepas ni anda perlu bangga jika melalui roundabout dkt situ.



Jalan paling bengkang-bengkok di dunia



Lombard Street merupakan jalan yang terletak di San Francisco, Amerika Syarikat. Kelajuan maksimum hanya 5 mph. Jarak antara selekoh hanya 1 meter dan hanya boleh dipandu 1 arah iaitu arah menurun. Di sebelah jalan terdapat rumah yang mahal- mahal.



Jalan Paling Sempit di Dunia



Sperhofstraße adalah merupakan jalan tersempit di dunia. Ianya
berada di di Baden-Württemberg, Jerman. Dengan keluasan hanya 12 cm untuk paling sempit dan 50 cm paling lebar. Dan yang pasti kereta tidak dapat melaluinya.



Roundabout paling mengelirukan di dunia



Roundabout yang dimaksudkan terletak di England dan dibina pada tahun 1972. 'Magic' roundabout itu juga mengandungi 5 mini roundabout di kelilingnya. Kepada pemandu yang pertama kali melalui kawasan ini perlu berhati-hati di sini. Ia juga telah dilabel sebagai jalan yang paling menakutkan di England.



Jalanraya terluas didunia



Jalan 9 de Julio Avenue di Argentina terletak kira-kira satu kilometer ke barat pantai Rio de la Plata, dari daerah Retiro di utara ke stesen Constitución di selatan. Jalan ini mempunyai tujuh lorong di setiap arah dan diapit di sebelah sama ada melalui jalan-jalan dengan empat lorong tambahan.



Jalan terpanjang didunia



Pan-American Highway, The Americas ini merupakan jalan yang terpanjang di dunia sejauh (48.000 km) yang melewati 15 negara
dari Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Amerika Utara.
__________________

No comments:

Post a Comment